Presiden China Xi Jinping dalam ucapan sempena lawatan ke Kazakhstan pada September 2013, menyebut tentang kisah Ruslan Tulenov menderma darah jarang secara percuma semasa pemuda itu menuntut di Hainan, selatan China. 

Xi memuji Ruslan sebagai “utusan persahabatan China-Kazakhstan”.

“Tak sangka beliau (Xi) menyebut nama dan kisah seorang pelajar asing yang biasa. Saya amat teruja. Presiden Xi orang yang penyayang,” kata Ruslan. 

Sembilan tahun kemudian, Ruslan Tulenov yang menetap di Hainan bertemu dengan Presiden Xi di Pelabuhan Yangpu.

“Kau kelihatan familiar. Kau ‘Chinese hand’. 

“Kami mengalu-alukan lebih ramai tenaga profesional asing datang ke China. Kita adalah satu keluarga,” kata Xi ketika berjumpa Ruslan Tulenov.

Ruslan datang ke China untuk kali pertama ketika berusia 16 tahun. Beliau kini berkhidmat di Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan.

“China mengalami perubahan yang amat besar dalam lebih sedekad lalu.

“Presiden Xi mempunyai banyak idea moden, dan beliau seorang pemimpin yang sangat bijak.” kata Ruslan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here