BEIJING, 29 Sept – Masa depan rakyat China adalah cerah dan rakyat harus mengkuhkan keyakinan, bersatu padu dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan wawasan pembinaan negara kuat serta kebangkita nusa dan bangsa.

Demikian kata Presiden China Xi Jinping ketika berucap pada majlis jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-74 penubuhan Republik Rakyat China yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Khamis.

Beliau berkata sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 74 tahun yang lalu, China membangun menjadi sebuah negara makmur dan kini berada pada perjalanan ke arah pembinaan negara kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisaasi ala China.

“Inilah hasil usaha bersama rakyat pelbagai kaum melalui usaha gigih di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) selama bertahun-tahun.

“Dunia kini menghadapi perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun lalu. Begitu juga banyak risiko dan cabaran yang akan dihadapi China.

“Kita harus terus memperkasakan pembangunan berkualiti tinggi, mengamalkan konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan menyeluruh, mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata China akan terus melaksanakan keterbukaan bertaraf tinggi, mempergiat pembaharuan secara komprehensif, mendorong pembinaan bersama Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), melicinkan ‘dwi kitaran’ yakni kitaran domestik dan antarabangsa demi pertumbuhan ekonomi yang lebih konsisten dan dinamik.

China juga akan terus mempertahankan pembangunan damai, mengamalkan strategi terbuka yang saling menguntungkan dan memelihara keadilan antarabangsa, kata Xi.

Presiden Xi berkata China juga akan terus mengamalkan multilateralisme, menggalakkan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), berganding bahu dengan rakyat seluruh dunia untuk membina masa depan umat manusia yang lebih indah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here