KUALA LUMPUR, 1 Okt – Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan sedang dipertimbang oleh kerajaan untuk kelulusan setakat September tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited untuk mempertimbang setiap permohonan kewarganegaraan secara adil dan saksama.

Katanya pemberian status kewarganegaraan Malaysia bukan anugerah tertinggi dan merupakan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawar serta diberikan secara sewenang-wenangnya.

Saifuddin Nasution juga berkata kerajaan telah menyiapkan draf Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan dan hasil cadangan pindaan akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja bulan ini.

“Pada hari ini juga, saya turut menyerahkan surat keputusan permohonan kewarganegaraan kepada 19 pemohon,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program KDN MADANI di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here