KUALA LUMPUR, 8 Okt – Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) merancang untuk meningkatkan pengeluaran pada tahun depan selepas berpindah ke kemudahan baharu bernilai RM540 juta di Bandar Enstek, menggunakan lapan barisan pengeluaran.

Kemudahan itu terletak di tanah seluas 12.9 hektar dan pengeluaran dijadualkan bermula pada pertengahan 2024.

Pengarah Urusannya, Ramjeet Kaur Virik memberitahu bahawa syarikat menyasarkan untuk meningkatkan prospek pertumbuhan dengan kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi dan kecekapan yang lebih baik selain meninjau peluang pengembangan jangka panjang.

“Saiz tanah itu adalah tiga kali ganda daripada saiz kilang di Petaling Jaya. (Oleh itu), apabila kami mula beroperasi pada tahun depan, kami akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran,” katanya, sambil menambah syarikat masih beroperasi di premis di Petaling Jaya.

“Saiz tanah itu adalah tiga kali ganda daripada saiz kilang di Petaling Jaya. (Oleh itu), apabila kami mula beroperasi pada tahun depan, kami akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran,” katanya, sambil menambah syarikat masih beroperasi di premis di Petaling Jaya.

DLMI turut melaksanakan prinsip ekonomi, alam sekitar, sosial dan tadbir urus sejajar dengan matlamat jangka panjang syarikat induk untuk mengimbangi antara perniagaan dan kemampanan.

Ramjeet berkata syarikat komited untuk mengurangkan 30 peratus daripada jejak karbonnya.

Katanya DLMI mahu membina hab pembuatan serantau dan bersama-sama dengan syarikat induk, Royal FrieslandCampina NV, menjadi komitmen syarikat untuk meningkatkan pengambilan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran masyarakat.

DLMI mempunyai antara bahagian pasaran terbesar sebanyak 28.1 peratus dan 34.2 peratus dari segi jumlah sehingga Ogos 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here