KUALA LUMPUR, 10 Okt – Bidang kecerdasan buatan (AI) perlu diberi perhatian bagi menampung keperluan industri, selain penerokaan bidang baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu telah disampaikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan naib-naib canselor universiti untuk diberikan tumpuan.

“Jurang antara kelayakan AI kita dengan keperluan tahap tertinggi itu perlu diberi perhatian…Geely menyebut jurutera itu berada di tahap sangat baik tetapi memerlukan kepakaran khusus dalam bidang industri automotif, dia terpaksa melatih 300 jurutera di Universiti Geely di Beijing, China.

“…insya-Allah petang ni saya bincang dengan dia (syarikat Geely) dan esok di Tanjong Malim, kita nanti minta dia tetapkan bidang-bidang displin khusus yang diperlukan untuk kita memulakan latihan di universiti tempatan,” kata Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai tahap kesiapsiagaan ekosistem pendidikan dan latihan negara ke arah membina tenaga mahir tempatan bagi mengelakkan masalah ketidaksepadanan antara pendidikan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here