Majlis pelancaran pusingan baharu kerjasama antara Kumpulan Media China (CMG) dengan media dari negara-negara terlibat inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diadakan di Beijing pada 9 Oktober.

Yang hadir pada majlis itu adalah Presiden CMG Shen Haixiong, Pengerusi Jawatankuasa Maklumat Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Kazakhstan Yeldos Nashirali, Naib Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China Rao Quan, Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Luar Yang Wanming, Naib Presiden CMG Xing Bo, serta diplomat dari Pakistan, Maldives, Bangladesh, Nepal, Turki, Afrika Selatan, dan Cuba di China. 

Shen Haixiong dalam ucapannya menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun kesepuluh inisiatif BRI dan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dianjurkan oleh Presiden China Xi Jinping. 

“CMG sebagai peserta, saksi, dan pelabor BRI, telah menandatangani perjanjian perkhidmatan berita dengan 682 badan media dari 151 negara, dan menubuhkan persekutuan media antarabangsa pertama yang dihubungkan oleh Jalan Sutera, iaitu Komuniti Televisyen Jalan Sutera, terus memperkasakan kerjasama media BRI ke arah lebih mendalam dan substantif.

Di majlis pelancaran tersebut turut diumumkan keputusan aktiviti pengumpulan “Cerita Saya dan BRI”. Aktiviti itu berjaya menghimpunkan sebanyak lebih 1,000 cerita menarik dari 131 negara dan wilayah di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here