KOTA KINABALU, 29 Okt – Organisasi media memainkan peranan penting dalam memastikan industri kewartawanan di Sabah terus kekal utuh dengan memastikan penglibatan lebih ramai generasi muda sebagai pelapis dalam bidang berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini berikutan tidak ramai anak muda ingin menjadikan bidang kewartawanan sebagai pilihan kerjaya kerana antaranya tawaran gaji yang diberikan kurang menarik.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk organisasi media menawarkan gaji dan insentif-insentif yang bersesuaian Ini bagi memastikan lebih ramai generasi muda menyertai bidang kewartawanan ini pada masa akan datang,” katanya berucap pada majlis anugerah media Kinabalu Press Awards (KPA) 2023 di sini malam ini.

Turut hadir  Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai; serta Presiden Sabah Journalist Association (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Sementara itu, Hajiji berkata beliau mahu pengamal media terus membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat mengenai kejayaa yang telah dicapai hingga ke peringkat akar umbi agar dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Kerjasama pintar antara pengamal media dan kerajaan negeri amat penting dan perlu terus diperkukuhkan untuk memastikan kejayaan yang dicapai menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat disampaikan secara terus kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu,  KPA 2023 menyaksikan Bernama membawa pulang dua anugerah utama dan tujuh anugerah merit seperti berikut:

Anugerah Utama Gambar Terbaik: Arjasneh Ahmad
Anugerah Utama Kewartawanan Sukan: Noorazlina Jindeh
Anugerah Merit Rencana dan Berita Rencana: Fadzli Ramli
Anugerah Merit Rencana dan Berita Rencana: Rohana Nasrah
Anugerah Merit Berita Bukan Rencana: Rohana Nasrah
Anugerah Merit Alam Sekitar: Noorazlina Jindeh
Anugerah Merit Kewartawanan Sukan: Arthur Edward
Anugerah Merit Hiburan, Budaya dan Seni (Penyiaran): Nur Adika Bujang, Muhammad Ramzi Kassem, Ahmad Jimmy
Anuergah Merit Perniagaan dan Ekonomi (Penyiaran): Khatijah Jistoh, Muhammad Ramzi Kassem, Mohd Badrul Sidik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here