KUALA LUMPUR, 6 Nov – Sistem pertanian digital atau Digital Agriculture Technology (Digital AgTech) yang dianggarkan bernilai RM20,000 akan ditempatkan di 500 lokasi diseluruh negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Digital AgTech adalah antara program di bawah Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan meningkatkan penggunaan digital dalam sektor pertanian.

Digital AgTech turut dilengkapi dengan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk memastikan para petani (menggunakan digital).

“Insya-Allah ada 500 lokasi di seluruh negara akan disediakan dengan sistem peralatan tersedia ini yang boleh mereka guna pakai,” katanya kepada pemberita pada Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 Finale Akhir di sini, pada Isnin.

Fahmi berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menaruh harapan tinggi kepada pasukan Digital AgTech bagi dua pusingan musim penuaian padi dan perlu menunjukkan peningkatan bukan hanya dari pengeluaran malah juga pendapatan petani yang terlibat. 

Digital AgTech adalah satu daripada sembilan Program Pemangkin Digital Malaysia (PEMANGKIN) data yang diberikan fokus oleh MDEC.

Digital AgTech antara ikhtiar pihak MDEC dan KKD untuk membantu ke arah keselamatan dan keterjaminan makanan dalam negara kita di samping meningkatkan pendapatan bagi para petani,” katanya.

Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12), kerajaan berhasrat untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) meliputi lima bidang. 

Lima bidang tersebut adalah Industri Berasaskan Peralihan Tenaga, Industri Berasaskan Teknologi dan Digital, Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) Bernilai Tinggi, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Industri Nadir Bumi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here