KUALA LUMPUR, 20 Nov — Pameran Perdagangan Budaya China Jiangsu 2023 yang disertai lebih dari 100 peserta dari sektor tekstil, seramik dan makanan telah berjaya diadakan di Kuala Lumpur dari 17 hingga 19 November.

Pameran selama tiga hari ini terdiri daripada enam subjek utama: keistimewaan kebudayaan di Wilayah Jiangsu China, perkhidmatan digital, perubatan tradisional Cina (TCM), gastronomi dan pelancongan, pendidikan antarabangsa dan kekayaan intelektual.

Menurut Jiang Xin, timbalan pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Jiangsu, Malaysia adalah salah satu rakan kongsi yang paling rapat dengan Wilayah Jiangsu dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Wilayah Jiangsu telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri Melaka seawal tahun 2002. Beliau juga berkata bahawa Malaysia telah melabur dalam hampir 1,000 syarikat di Jiangsu manakala Jiangsu mempunyai sejumlah 156 projek pelaburan di Malaysia sehinnga tahun 2022.

Pameran ini dirasmikan oleh Jiang Xin bersama dengan See Chee Kong, pengarah kanan pembangunan sektor perkhidmatan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sun Shuqiang, menteri kaunselor Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan China di Malaysia dan Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan,  Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pada hari Jumaat yang lalu.

Pameran ini disenggarakan oleh Jabatan Perdagangan Wilayah Jiangsu dan dianjur bersama oleh Majlis Perniagaan Malaysia-China, Dewan Perniagaan Malaysia-China, Persatuan Usahawan Cina Malaysia (PUCM) dan Persatuan Perniagaan Usahawan Jiangsu Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here