KUALA LUMPUR, 6 Dis – Jumlah nilai pelaburan yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini sebanyak RM225 bilion adalah antara pencapaian tertinggi dan terbaik Malaysia sepanjang sepuluh tahun lepas.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu membuktikan daya tarikan berterusan Malaysia serta keyakinan pelabur terhadap negara ini sebagai sebuah destinasi pelaburan.

“Nisbah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) juga mencatatkan angka yang lebih kurang sama iaitu 56 peratus bagi FDI dan 44 peratus bagi DDI sepanjang sembilan bulan tahun ini,” katanya pada sidang media Pengumuman Kad Laporan MITI 2023 – Setahun Kerajaan MADANI di sini, pada Ranu.

Jumlah keseluruhan nilai pelaburan komited sepanjang misi pelaburan tahun ini sebanyak RM347 billion iaitu China (RM170 bilion); Amerika Syarikat (APEC) (RM63 bilion); Abu Dhabi (RM40.6 bilion); Korea Selatan (RM24 bilion); Jepun (RM23.1 bilion); Singapura (RM13 bilion); Brunei (RM5 bilion); Amerika Syarikat (UNGA) (RM4.74 bilion); Itali (RM3.3 bilion); Indonesia (RM300 juta); dan Vietnam (RM5 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here