KUALA LUMPUR, 8 Dis – Malaysia dan Namibia mempunyai potensi untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan bagi menggalakkan pemahaman dan kerjasama di peringkat global, kata Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya.

Berucap di Pameran Pendidikan Malaysia yang diadakan di Windhoek, ibu negeri Namibia pada Khamis, beliau berkata usaha kerjasama seperti itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dengan memperkasakan belia serta mencipta peluang pertukaran pengetahuan, pemahaman budaya dan pembangunan ekonomi.

Beliau turut menyentuh mengenai reputasi Malaysia dalam pendidikan inovatif dan kepelbagaian budaya yang ada dalam institusi akademik, menurut kenyataan Kedutaan Tinggi di Namibia.

Pameran pendidikan yang dianjurkan oleh SEGi University & Colleges dengan kerjasama Aimers Axle Malaysia dan syarikat tempatan NP World Investment itu dihadiri oleh hampir 50 pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here