JOHOR BAHRU, 27 Dis – Mersing menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak awal pagi dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin dibuka pada 6 petang dan menempatkan 83 orang daripada 25 keluarga. 

“Kawasan yang terjejas banjir ketika ini ialah Kampung Orang Asli Peta. Jalan masuk ke kampung tersebut juga terputus kerana dinaiki air,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jalan masuk ke Tenggaroh Timur juga ditutup untuk semua kenderaan selepas dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing pula memaklumkan pemantauan kawasan berisiko banjir telah dilakukan mulai 8.30 malam ini.

“Kawasan pemantauan yang terlibat ialah perkampungan Pulau Tenglu, Kampung Air Papan dan Kampung Sermin,” menurut APM dalam hantaran di laman Facebook. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here