ISLAMABAD, 31 Dis – Virus polio telah dikesan pada sampel alam sekitar di empat daerah di Pakistan, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Perkhidmatan Kesihatan dan Koordinasi Negara.

Virus polio ditemukan dalam empat sampel dari daerah Karachi dan Hyderabad di selatan wilayah Sindh, daerah Chaman di barat daya dan Peshawar di barat laut, menurut kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Negara ini mempunyai sistem pengawasan polio paling meluas dan sensitif di dunia.

Virus polio mudah menyerang kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah manakala vaksin adalah satu-satunya cara untuk melindungi mereka daripada virus dan kecacatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pakistan adalah antara dua negara yang masih dilanda virus polio selain Afghanistan. Pada tahun ini, sebanyak enam kes polio dikesan di Pakistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here