PUTRAJAYA, 2 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pimpinannya sekarang adalah soal kerja dalam membangunkan negara dan menjaga rakyat.

“Saya baca mengenai Langkah Dubai, tapi bagi saya kita tumpu soal kerja. Itu kerja mereka bagi saya tidak mengesankan.

“Yang penting, kita dah mula 2 Januari melancarkan satu program penting (Pangkalan Data Utama – PADU) bagi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis peluncuran PADU hari ini.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here