KUALA LUMPUR, 5 Jan — MY E.G. Services Bhd (MYEG) hari ini mengumumkan pembaharuan pas kerja dalam talian – Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja akan disambung semula pads 15 Jan, 2024.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata penyambungan semula dibuat selepas selesai penambahbaikan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Penyambungan semula perkhidmatan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan (ini) dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat mulai tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dan seterusnya,” katanya.

Pada 16 Okt 2023, MYEG menerima surat penerimaan daripada kementerian untuk melanjutkan perkhidmatan selama dua tahun.

“Dengan penyambungan semula, pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Jan 2024, untuk memohon pembaharuan PLKS bagi pembantu rumah dan pekerja asing serta menikmati kemudahan menghantar dokumen berkaitan ke premis mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here