Kumpulan Media China (CMG) dan Televisyen Ekonomi BFM Perancis bersama-sama melancarkan program khas dialog peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Perancis, pada hari ini. 

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya mengatakan, hari ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis. Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron masing-masing menyampaikan ucapan video pada aktiviti sambutan berkaitan.

Beliau berkata, di bawah panduan pemimpin kedua-dua negara, China dan Perancis akan mengadakan pertukaran yang meluas serta memperkasakan kerjasama dalam sektor perfileman, televisyen, sukan, pendidikan, pelancongan dan warisan budaya tidak ketara. 

Shen berkata, pada Oktober lalu, beliau mengetuai delegasi CMG melawat ke Perancis dan mengadakan pertukaran dan dialog dengan tokoh bidang budaya, sukan dan kesenian tempatan. Menurut pandangan beliau, China dan Perancis mempunyai asas pertukaran kemanusiaan yang mendalam, oleh itu, kedua-dua negara mampu terus membelajari antara satu sama lain dalam bidang tamadun dari titik permulaan baharu dan memajukan hubungan persahabatan. 

Beliau berkata, Sukan Olimpik akan diadakan di Paris pada tahun ini. CMG akan bekerjasama erat dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Paris untuk merekodkan dan menyiarkan bersama temasya sukan kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here