BEIJING, 12 Feb – Perjanjian pengecualian visa yang ditandatangani antara China dengan Singapura berkuat kuasa secara rasmi pada Jumaat. 

Perjanjian berkenaan membolehkan rakyat China dan Singapura yang memegang pasport biasa memasuki negara masing-masing tanpa memerlukan visa selama 30 hari.

Selain mempermudah prosedur pelepasan kastam bagi pengembara, pelaksanaan dasar bebas visa itu turut menjana pertumbuhan aliran penumpang dalam sektor penerbangan kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here