JAKARTA, Feb 14 – Prabowo Subianto dilaporkan mendahului dua pencabar pada pemilihan umum Indonesia pada Rabu dengan memperoleh majoriti hampir 60 peratus kiraan undi tidak rasmi oleh beberapa survei pungutan suara bebas.

Menurut Lembaga Survei Indonesia (LSI), berdasarkan 90.4 peratus kiraan undi pada jam 7malam, Prabowo berada di hadapan dengan 58.45 peratus undi berbanding Anies Baswedan memperolehi 24.99 peratus manakala Ganjar Pranowo mendapat 16.55 peratus.

Indikator Politik’ pula mendapati Prabowo mendapat 57.84 peratus undi berdasarkan 79.93 peratus undi yang dikira, berbanding Anies dan Ganjar masing-masing memperolehi 25.64 peratus dan 16.51 peratus undi.

Satu lagi survei, Litbang Kompas menunjukkan Prabowo beroleh 58.77 peratus undi, diikuti Anies (25.25 peratus) dan Ganjar (15.98 undi) setelah 81.2 peratus kiraan undi tidak rasmi.

Indonesia mencatat lebih 200 juta pengundi berdaftar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here