KUALA LUMPUR, 16 Feb – Dua lagi laporan polis diterima daripada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berhubung ugutan jenayah dan bunuh yang diterima menerusi media sosial susulan tindakan Nik Elin memfailkan petisyen di mahkamah berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata secara keseluruhan setakat ini lima laporan telah diterima di Kuala Lumpur iaitu empat laporan dibuat di Sri Hartamas manakala satu lagi di Jinjang.

“Polis memantau kes berkenaan di seluruh negara dan memandang serius berkaitan ugutan bunuh yang diterima oleh Nik Elin.

“Kami tidak memandang enteng mengenai ancaman bunuh,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja Menteri Dalam Negeri ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras, di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here