Jualan Agro dan Mega MADANI yang diadakan sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari di Kompleks Sukan Kuala Selangor, menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan antaranya kombo bakul jualan serendah RM10.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohd Taqiuddin Zakaria berkata jualan tersebut, turut menawarkan 5,000 kampit beras, 1,000 ekor ayam bulat, lebih 300 kilogram hasil laut seperti udang dan ikan serta lima tan buah-buahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here