KUCHING, 21 Feb – Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi Rabu

Perkara itu disahkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim turut mengesahkan berita tentang pemergian Abdul Taib.

“Kembalinya ayahanda Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Abdul Taib kepada penciptanya kira-kira 4.40 pagi tadi.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial milik Hanifah Hajar pagi ini.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Beliau secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014.

Setelah hampir 10 tahun memegang jawatan itu, Abdul Taib digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Jan lepas. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here