BEIJING, 30 Mac – Dalam persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2024 di provinsi Hainan China, sejumlah peserta menyatakan kepada wartawan bahawa mereka teruja dalam menanti-nantikan perkembangan Asia pada masa depan berkat ekonomi China yang menunjukkan trend perkembangan ke arah baik, dan mengharap agar China menyuntik momentum yang kuat kepada ekonomi dunia untuk pulih dan berkembang dengan stabil.

Ketika membicarakan topik mengenai sumbangan China kepada ekonomi dunia, Pengerusi BFA Ban Ki-moon berkata, “China yang berada pada tempoh transformasi yang kritikal, menumpukan perhatian yang semakin besar terhadap kualiti dan kesinambungan pembangunan. Ini bukan sahaja berfaedah bagi China sendiri yang dapat menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan, tetapi juga melahirkan pengaruh positif terhadap pelbagai rakan dagang di Asia bahkan sejagat.”

Pada masa ini, China giat memupuk dan mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi. 

“Teknologi transformasi hijau yang diperkenalkan syarikat-syarikat China dalam pelbagai bidang khususnya bidang biologi pasti akan memberikan sokongan kuat kepada pembangunan di pelbagai tempat lain di dunia. Kalau teknologi seumpama itu dapat diperkenalkan kepada seluruh dunia, China akan memainkan peranan yang semakin penting dan memberi sumbangan yang semakin besar dalam landskap pertumbuhan ekonomi dunia,” kata Pascal Soriot, Ketua Pegawai Eksekutif AstraZeneca Global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here