KUALA LUMPUR, 1 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan serta berada di barisan hadapan dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat yang diyakini rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam hantaran ringkas di laman Facebooknya bersempena ulang tahun ke-78 RTM hari ini, Fahmi turut merakamkan ucapan selamat ulang tahun kepada stesen penyiaran tertua negara itu. 

“Semoga RTM terus unggul sebagai jenama media dipercayai… Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga RTM,” katanya. 

RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.

Kini RTM mengendalikan enam stesen televisyen serta 34 siaran radio di seluruh negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here