PUTRAJAYA, 2 April – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jordan di Malaysia Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah, di pejabatnya di sini. 

Ewon berkata antara perkara yang dibincangkan ialah potensi kerjasama antara kementerian dan koperasi di Jordan.

“Kami membincangkan kerjasama antara Jordan Cooperative Corporation dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Jordan Enterprise Development Corporation dengan SME Corp Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ewon berkata beliau turut menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya di Jordan semasa mengadakan lawatan kerja ke negara itu sempena Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific (APCMC)pada 27 April hingga 1 Mei ini.

“Saya menghargai pengiktirafan Ismael Maddallah ke atas agensi terkait dengan pembangunan koperasi dan keusahawanan di kementerian ini,” katanya dan menambah beliau berharap kerjasama antara dua negara akan terus berkembang.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Jordan pada 1965 dan negara ini membuka kedutaannya di Amman pada 1994 manakala Jordan pula membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1997.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here