Laluan kecemasan di lebuhraya seringkali disalah guna apabila segelintir pengguna lebuh raya yang terdesak akan menggunakannya.

Namun usah risau, menjelang perayaan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membenarkan penggunaan laluan kecemasan yang dikenali sebagai SMART LANE bagi melancarkan pergerakan aliran trafik.

Bagaimanapun ia hanya terhad kepada 18 laluan dikenal pasti sebagai hotspot laluan sesak bagi jangkaan 2.1 juta pengguna lebuh raya menjelang syawal ini.

Ikuti laporan wartawan Hillman Jamil yang mengikuti pembukaan hari pertama SMART LANE kepada pengguna hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here