BEIJING, 14 April – China tegas menentang politik berkumpulan diamalkan negara terbabit, serta sebarang perbuatan yang menghasut dan memburukkan lagi perselisihan dan menjejaskan keselamatan strategik dan kepentingan negara-negara lain.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata China juga menolak kelakuan membentuk ‘kumpulan kecil’ yang tertutup dan eksklusif di rantau ini.

Pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Filipina dilaporkan mengeluarkan Kenyataan Visi Bersama selepas mengadakan sidang kemuncak trilateral di Washington pada Khamis.

Ketiga-tiga negara menerusi dokumen berkenaan menggembar-gemburkan isu Laut China Selatan, melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap China dalam isu Laut China Timur dan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab dalam isu Taiwan.

Sehubungan itu, Mao berkata Jepun dan Filipina boleh mengembangkan hubungan normal dengan negara lain, tetapi mereka tidak sepatutnya membawa masuk konfrontasi sesama blok ke rantau ini mahupun terlibat dalam kerjasama trilateral dengan mengorbankan kepentingan negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here