KUALA LUMPUR, 23 April – Dua helikopter masing-masing jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini. 

Insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

Menurut sumber, kedua-dua helikopter tersebut berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.30 pagi sebelum helikopter HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala Fennec menjunam ke dalam kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Difahamkan, helikopter HOM membawa tujuh kru manakala helikopter Fennec dinaiki tiga kru. 

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya terjunam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here