BEIJING, 25 April – China akan menghantar pasangan panda baharu ke Sepanyol minggu depan. Pasangan panda sebelum ini kembali ke negara Tembok Besar itu hampir dua bulan lalu selepas tinggal di Sepanyol lebih sedekad.

Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada Rabu berkata panda gergasi Jin Xi dan Zhu Yu akan memulakan perjalanan pada 29 April dari dari bandar Chengdu di barat daya China di Wilayah Sichuan. Mereka akan memulakan penempatan mereka selama 10 tahun di sebuah zoo di ibu negara Sepanyol, Madrid.

Pada masa ini, pasangan panda itu berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani prosedur kuarantin, menurut persatuan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here