KUALA LUMPUR, 1 Mei – Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (International Regulatory Conference – IRC) 2024 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan berlangsung Isnin dan Selasa minggu depan, antaranya bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kemunculan teknologi baharu.

Menurut laman mikro MCMC persidangan dengan tema ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future’ itu akan menampilkan perbincangan berhubung pelbagai inovasi, teknologi terbaru, kerangka kerja kawal selia, dan pendekatan dalam persekitaran industri Komunikasi dan Multimedia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijangka merasmikan persidangan yang dijadualkan berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.

Sebagai tuan rumah platform global ini, MCMC membayangkan persidangan itu bakal menjadi platform yang menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk saling bertukar idea, berkongsi pandangan dan meneroka landskap industri yang semakin membangun dengan pantas.

Persidangan ini berusaha untuk merentasi rantau, menawarkan peserta dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam dialog aktif dan menjalin hubungan kerjasama yang tidak ternilai.

Peserta persidangan akan tampil dengan pandangan bermaklumat yang lahir daripada kepakaran luas penceramah, dan juga dengan rasa inspirasi, semasa mereka terlibat dengan idea, inovasi dan perspektif baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here