GEORGE TOWN, 3 Mei — Program MADANI Rakyat Zon Utara selama tiga hari di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini membuka tirai hari ini dengan pelbagai acara dan program menarik buat pengunjung.

Tumpuan pastinya terarah kepada kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50 peratus, penukaran topi keledar untuk 1,000 pengunjung terawal dan kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Program yang bermula dari 9 pagi hingga 10 malam itu turut menyediakan perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here