Presiden Serbia, Aleksandar Vucic yang pernah mengikuti pertemuan dan rundingan beberapa kali dengan Presiden China, Xi Jinping, menyifatkan setiap pertemuan mereka “boleh dijadikan peringatan untuk seumur hidup”. 

Pada tahun 2016, Kilang Keluli Smederevo yang berumur lebih seratus tahun yang pernah wujud sebagai satu ikon di Serbia berada dalam keadaan hampir bankrap. Seketika itu, Presiden Xi dan syarikat China menghulurkan bantuan untuk menghidupkan semula kilang itu, sekali gus membantunya menyediakan semula peluang kerja kepada lebih 5,000 buruh.

Bagi Presiden Vucic, bantuan daripada Presiden Xi bukan hanya sekali sahaja.

Ketika wabak Covid-19 menular bermula tahun 2020, Vucic pernah meminta bantuan daripada pelbagai pihak, tetapi tidak mendapat apa-apa pun hasil. Namun setelah dihubungi Presiden Xi, beliau segera dapat menyaksikan pelbagai barang perubatan dihantar ke Serbia dengan terus-menerus.

“Serbia tak kan lupa hal ini, kami tahu bagaimana untuk membalas budi China yang merupakan rakan sejati kami”, kata Vucic.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin ini pada 5 Februari tahun 2022 di Beijing, Xi pernah berkata, “Ia tidak syak lagi bahawa hubungan persahabatan kami sekukuh besi, sentiasa terserlah dan berkekalan, memandangkan ujian yang kami mengharungi dalam pergolakan dunia”.

Vucic ketika menyebut Presiden Xi, menyatakan kehendaknya mahu menulis satu memoir tentang pergaulan kedua-dua mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here