BELGRADE, 8 Mei — Upacara pelancaran program “Classic Quotes by Xi Jinping” versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG), diadakan di sini pada 7 Mei, bersempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Serbia.

Presiden Serbia Aleksandar Vucic mengucapkan tahniah kepada penyiaran program tersebut melalui rakaman video.

Vucic menzahirkan ucapan terima kasih kepada CMG atas sumbangan yang luar biasa dalam merapatkan persahabatan antara Serbia dan China, di samping melahirkan harapan agar mengukuhkan pertukaran dan rasa saling belajar pada masa depan, supaya melonjakkan persahabatan kukuh Serbia-China ke tahap yang baharu.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis pelancaran program itu menyatakan bahawa penyiaran “Classic Quotes by Xi Jinping” versi antarabangsa di Serbia dipercayai akan membuka tingkap pemikiran bagi rakyat Serbia untuk memahami kebijaksanaan tadbir urus oleh Presiden Xi Jinping dan mengetahui lebih lanjut tentang budaya China di samping merasai daya tarikan istimewa China pada era baharu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here