BEIJING, 8 Mei – Presiden China, Xi Jinping telah mengumumkan enam langkah bagi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia untuk fasa pertama ketika bersama dengan rakan sejawatnya dari Serbia, Aleksandar Vucic bertemu dengan wartawan selepas perbincangan mereka berakhir pada Rabu waktu tempatan.

Antara enam langkah tersebut termasuk menguatkuasakan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Serbia bermula 1 Julai; menyokong Serbia menganjurkan Ekspo Dunia bagi kategori profesional pada tahun 2027; meningkatkan pengimportan produk pertanian yang berkualiti dari Serbia; menyokong dan menaja 50 orang ahli sains Serbia datang ke China untuk tujuan penyelidikan dan pertukaran dalam bidang sains pada tiga tahun akan datang; mengundang 300 orang remaja Serbia datang ke China untuk belajar pada tiga tahun akan datang; dan menyambut pembukaan laluan penerbangan terus Belgrade-Shanghai kendalian Serbia dan menggalakkan syarikat penerbangan dari kedua-dua negara membuka laluan penerbangan terus Belgrade-Guangzhou.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here