KUCHING, 9 Mei – Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan membabitkan sejumlah RM514,002,003 untuk perbelanjaan tambahan yang tidak termasuk dalam peruntukan sebelum ini.

RUU yang dibentangkan oleh Timbalan Premier serta Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas ialah RUU Perbekalan Tambahan (2023) melibatkan jumlah RM267,928,353 dan RUU Perbekalan Tambahan (2024) sebanyak RM246,073,650.

Menurut Uggah, RUU Perbekalan Tambahan (2023) adalah untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan yang mana peruntukannya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam anggaran 2023.

“Sementara itu, RUU Perbekalan Tambahan (2024) memohon perbelanjaan tambahan antara lain sejumlah RM112,486,000 yang diperlukan oleh Jabatan Premier Sarawak.

“Sejumlah RM78,000,000 diperlukan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bagi menampung pengurusan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dan sejumlah RM16,049,000 diperlukan untuk penganjuran Para SUKMA,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here