BEIJING, 10 Mei – China dan Hungary bersedia menggalakkan perkembangan hubungan bilateral dan membuat usaha yang substantif melonjakkan kerjasama ke satu tahap yang lebih tinggi, setelah hubungan kedua-dua negara ditingkatkan ke Perkongsian Strategik Komprehensif  Sepanjang Masa untuk Era Baharu.

Presiden China Xi Jinping berkata demikian semasa bertemu dengan wartawan selepas perbincangannya dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban di Budapest, Hungary pada petang Khamis waktu tempatan.

Xi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan yang ramah mesra dan produktif dengan Perdana Menteri Orban, dan bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai perkembangan hubungan China-Hungary pada era baharu dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama kedua-dua pihak.

“Kami telah mencapai konsensus dalam bidang yang luas serta menyaksikan pertukaran siri teks kerjasama dua hala yang penting. Saya penuh keyakinan terhadap prospek perkembangan hubungan dua hala.

“China menghargai pendirian Hungary yang konsisten mengamalkan prinsip Satu China dan akan terus menyokong Hungary mengikuti jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya sendiri,” kata Xi.

Xi menambah, kedua-dua pihak sepakat berpendapat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China yang menekankan pembinaan bersama mempunyai keserasian yang tinggi dengan strategi Hungary yang disebut “Terbuka kepada Timur”.

“Kedua-dua pihak akan mengukuhkan sinergi  dalam pelaksanaan strategi pembangunan, dan memperkasa kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kewangan demi mencapai kemajuan dalam pembangunan sosioekonomi di negara masing-masing.

“Kedua-dua negara juga dikehendaki menerajui kerjasama antara China dan negara-negara Eropah Tengah & Timur yang akan dikembangkan ke arah yang pelbagai dimensi demi kesejahteraan rakyat di negara-negara terbabit,” kata beliau.

Xi menegaskan, peluang besar tercipta dalam senario global sepanjang proses modenisasi ala China.

“China bersedia bekerjasama dengan Hungary untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

“Saya percaya, dengan usaha bersama kedua-dua pihak, China dan Hungary akan mewujudkan masa depan yang lebih indah!” kata Xi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here