BEIJING, 23 Mei – Presiden Xi Jinping mengirim perutusan tahniah sempena perasmian Sidang Kemuncak Pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) ke-14 di bandar Xi’an, provinsi Shaanxi hari ini.

Xi berkata pelancongan merupakan jambatan penting yang membolehkan rakyat China dan AS melakukan aktiviti pertukaran dan interaksi serta mengenali antara satu sama lain.

Warga AS dialu-alukan datang melawat China, mengenal sahabat tempatan, menyelami budaya China, menikmati pemandangan indah dan melihat sendiri keadaan sebenar di negara Tembok Besar.

Xi berharap agar pihak terbabit memanfaatkan peluang ini untuk memperdalam pertukaran, membina konsensus dan mengambil tindakan proaktif untuk menyemarakkan persahabatan dua negara melalui pertukaran sosiobudaya, sekali gus menterjemahkan ‘visi San Francisco’ menjadi kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here