BEIJING, 27 Mei – Hab Konvensyen Pengangkutan Jalan Raya Antarabangsa (TIR) yang disahkan oleh Kesatuan Pengangkutan Jalan Raya Antarabangsa (IRU) yang pertama di China mula beroperasi di bandar Kashgar wilayah autonomi Xinjiang semalam.

TIR merupakan satu sistem pelepasan kastam yang mudah di arena antarabangsa dalam bidang pengangkutan kargo rentas sempadan antarabangsa berdasarkan konvensyen PBB. 

Dengan adanya permit TIR untuk pelepasan kastam, masa pelepasan bagi kargo dari Kashgar ke Asia Tengah dan Eropah boleh dijimatkan lebih 30%, iaitu kira-kira setengah hingga 6 hari,  sedangkan kos pengangkutan boleh dikurangkan 15%.

Bandar Kashgar yang mempunyai lokasi geografi yang tersendiri, iaitu “bersempadan dengan 8 negara, mempunyai  5 pintu kastam, bersambungan dengan Eropah dan Asia melalui satu jalan”, dijangka akan berkembang lebih maju berkat hab TRI yang baru ditubuhkan itu, yang akan berperanan sebagai tarikan bagi keanggotaan, kenderaan dan kargo yang transit dari dalam dan luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here