KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), Shandong Province Electric Power Enterprise Association dan Guangdong Energy Association telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dalam sektor tenaga.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden PUCM Datuk Keith Li berkata menerusi perjanjian yang termeterai pada 13 April 2019, persatuan itu akan terus memainkan peranan malahan lebih aktif sebagai penghubung antara syarikat China dan Malaysia bagi mewujudkan kerjasama sama-sama menang dan mempercepatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

PUCM ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini mempunyai 116 ahli yang terlibat dalam teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak dan gas, telekomunikasi, tenaga, peruncitan, pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media, pelancongan dan industri lain.

The Shandong Province Electric Power Enterprise Association ditubuhkan pada tahun 2008 dengan lebih daripada 800 ahli.

Persatuan tenaga itu mempunyai 11 jawatankuasa profesional, termasuk penjanaan tenaga, tenaga baharu, jualan elektrik, kejuruteraan tenaga, peralatan tenaga, reka bentuk tenaga, keselamatan tenaga, pendidikan dan latihan, keselamatan rangkaian dan teknologi maklumat, pengurusan kualiti dan kewangan.

Ditubuhkan pada 2007, Guangdong Energy Association mempunyai lebih daripada 600 ahli, terlibat dalam kejuruteraan tenaga, tenaga baharu hijau, reka bentuk tenaga, pengawasan tenaga, pembuatan peralatan tenaga, maklumat tenaga, projek-projek elektro mekanikal, projek-projek kuasa elektrik pintar dan projek tenaga sosial baharu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here