KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Kertas Bahasa Melayu (BM) 1 dan 2 bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada Isnin 30 Sept ini ditunda ke 9 Okt manakala kertas BM Komunikasi serta English for Communication pada hari yang sama bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditangguh ke 3 Okt.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata penangguhan itu dibuat kerana 29 dan 30 Sept 2019 diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kelantan sebagai menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Susulan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 itu awal hari ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan cuti peristiwa pada kedua-dua hari itu bagi Kelantan.

— BERNAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here