SEPANG, 18 Okt — Malaysia Airports Holdings Bhd merancang untuk memindahkan Emporium Eraman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk memperluas dan penyusunan semula kawasan imigresen.

“Penempatan semula Emporium Eraman itu akan menawarkan lebih banyak ruang dan melancarkan aliran di kawasan imigresen,” kata Ketua Pegawai Operasi MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam kenyataan hari ini.

“Usaha ini sedang dijalankan dan dengan kerjasama semua pihak berkepentingan, kami berharap dapat mempercepatkan pelaksanaannya secepat mungkin,” katanya.

Rancangan itu, dan dengan kerjasama Jabatan Imigresen untuk menguruskan kaunter terutama semasa waktu puncak, sudah pasti dapat menambah baik dengan ketara masa pemprosesan imigresen,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas penumpang klia2 semalam terpaksa beratur panjang berurusan di imigresen, hampir dua jam mengakibatkan ketidakpuasan dalam kalangan penumpang dan syarikat penerbangan.

Mohd Shukrie berkata insiden semalam adalah kes terpencil kerana kebiasaannya pelepasan imigresen di klia2, purata dalam tempoh 10 minit.

“Berdasarkan pemerhatian kami, penggunaan kaunter imigresen adalah 70 peratus semasa keadaan beratur panjang yang luar biasa,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Shukrie berkata Malaysia Airports akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen untuk mencegah keadaan itu daripada berlaku.

“Kami mengakui kekangan tertentu yang dihadapi imigresen dan ketika mereka sedang berusaha untuk meningkatkan sumber, lapangan terbang itu sedang mencari kaedah untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan dengan mengurangkan kesesakan di kawasan itu,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here