KUALA LUMPUR, 18 Nov — Gangguan sistem operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini dijangka akan menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, persoalan itu dibangkitkan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan mengenai statistik kemasukan pelancong asing semasa gangguan itu berlaku.

Pada persidangan yang masuk hari ke-25 hari ini, Wong Tack (PH-Bentong) turut meminta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menjelaskan sama ada benar tapak pelupusan sisa radioatif (PDF) Asian Rare Earth di Banjaran Kledang, Perak telah retak dan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu.

Selain itu dakwaan berkenaan kerajaan telah memudahkan permohonan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pelancong dari China juga dijangka menjadi isu hangat apabila persoalan itu dibangkitkan Awang Hashim (PAS-Pendang) kepada Menteri Dalam Negeri selain tentang syarat warga asing yang ingin menjadi warganegara Malaysia.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here