Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew

KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew mengadakan satu mesyuarat khas Isnin bagi membincangkan penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah susulan penularan wabak 2019 novel-Coronavirus (2019-nCoV) di negara itu, yang menyaksikan kerajaan China menyekat pergerakan keluar dan masuk beberapa wilayahnya.

Mesyuarat itu dihadiri pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen Sabah, Malaysia Airports Berhad dan juga syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Malindo Air, Xiamen Airlines, China Southern Airlines dan China Eastern/Shanghai Airlines

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata perbincangan itu tertumpu kepada dua isu, iaitu lanjutan visa bagi yang tamat tempoh, serta rancangan perjalanan untuk membawa mereka pulang ke China selain melibatkan bandar raya Wuhan.

“Jabatan imigresen Sabah telah bersetuju membantu dalam melanjutkan visa perjalanan selama tujuh hari selepas tamat tempoh asal, dan ini boleh dilakukan di ibu pejabat Jabatan imigresen di Kota Kinabalu, hanya tertakluk kepada pelancong dari China yang tiba di Sabah sebelum 31 Jan.

“Visa akan dilanjutkan hanya selepas ditunjukkan tiket perjalanan pulang yang sah. Juga ditetapkan bahawa keperluan penjamin tempatan bagi pelancong FIT (Free and Independent Travellers) diketepikan. Sila ambil maklum bahawa bayaran lanjutan visa RM100 masih dikenakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here