Aktiviti penayangan ‘Imej China’ anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan ATV Magyarorszag Hungary dilancarkan di Budapest pada Isnin, menjelang lawatan Presiden Xi Jinping ke negara itu.

Sempena aktiviti berkenaan yang dijadual berlangsung sehingga awal Mei, lebih 10 karya filem dan drama bersiri terbitan CMG akan disiarkan menerusi platform media Hungary, yang antara lainnya bertemakan pemodenan ala China serta kisah persahabatan sesama rakyat dua negara.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan menerusi pautan video menzahirkan harapan supaya aktiviti berkenaan dapat membantu meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dan Hungary, sekali gus memperkukuh asas kerjasama pragmatik dua negara dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Hungary Peter Medgyessy berkata pertukaran budaya merupakan komponen penting dalam hubungan Hungary-China.

Beliau berharap lebih banyak aktiviti budaya akan dianjurkan bagi terus menggalakkan persahabatan antara kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here