KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Marzuki Yahya.

Perkara itu disahkan oleh Marzuki dalam satu pesanan ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama.

“Ya,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Beliau ditanya sama ada Dr Mahathir telah kembali sebagai pengerusi Bersatu. 

Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan daripada Dr Mahathir mengenai perkembangan itu.  

Isnin lepas, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pada masa sama melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu dengan serta-merta. Sejurus kemudian pemimpin-pemimpin lain parti meminta beliau membatalkan hasratnya itu dan kembali memimpin parti dan negara.  

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here