PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) — Sebanyak 140 kes baharu COVID-19 dilapor setakat 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini 2,766 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat enam lagi kematian akibat wabak itu direkodkan sejak 12 tengah hari semalam, dengan jumlah kumulatif kematian terkini sebanyak 43 kes iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-38 (kes pesakit ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang merupakan kontak kepada kes ke-2750.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac lepas dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, jam 4.04 petang,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here