PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) — Sebanyak 150 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,483 kes, manakala empat lagi kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada kes baharu itu, 80 kes berkaitan kluster perhimpunan di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Katanya jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah 57 kes, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here