KUALA LUMPUR, 16 Jun  — Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa Resorts World Kijal di Terengganu dan Resorts World Langkawi akan dibuka semula pada 18 Jun, 2020.

Resort Genting Malaysia telah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan untuk mencegah penyebaran penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman webnya hari ini, ia berkata Resorts World Genting (RWG) dan Resorts World Awana (RWA) di Pahang akan terus ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami menunggu kedatangan anda kembali ke Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi,” kata kumpulan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here