KUALA LUMPUR, 14 April — Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan penalti monetari ke atas rakan kongsi Ernst & Young PLT kerana gagal mematuhi keperluan Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit entiti kepentingan awam. 

SC dalam satu kenyataan hari ini berkata Sandra Segaran Muniandy@Krishnan dikenakan penalti  sebanyak RM47,500 susulan rayuan yang dibuat oleh Sandra kepada suruhanjaya itu.

“Sandra telah gagal melaksanakan prosedur audit untuk menyokong asas pendapat audit bagi tugasan audit dalam bidang hartanah, kelengkapan dan peralatan,” kata SC sambil menambah beliau juga tidak melaksanakan prosedur audit yang mencukupi dalam bidang pinjaman dan peminjaman serta penyatuan kumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here