KUCHING, 21 Jun — Pusat jagaan warga emas milik swasta disaran membantu semua kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 walaupun ia tidak diwajibkan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ujian berkenaan penting memandangkan warga emas berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.

“Kalau di institusi kita (institusi kerajaan) memang kita wajibkan kakitangan menjalani saringan itu dan untuk (institusi) swasta, (walaupun kakitangan) mereka perlu membayar untuk menjalaninya, namun kita galakkan mereka membuat ujian saringan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Seri Kenangan di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa pusat-pusat jagaan swasta, taska dan tadika di negeri ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini dilaksanakan.

Katanya, pemantauan akan terus dilakukan dan tindakan tegas termasuk penutupan serta-merta operasi boleh dikenakan jika gagal berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here