Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir memberikan taklimat kepada sekumpulan duta  negara luar mengenai pendekatan yang diambil dalam mengurus dan mengekang penularan COVID-19 di Malaysia, hari ini.

Menurut kiriman di laman Facebook Dr Noor Hisham malam ini, kumpulan duta yang diberi taklimat itu termasuk dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun dan Singapura.  

Beliau berkata negara-negara itu boleh bekerja di peringkat sejagat untuk meratakan lengkung dan menewaskan musuh yang tidak nampak ini (COVID-19).  

Dr Noor Hisham juga berkongsi satu tangkap skrin daripada satu “tweet”  U.S. Embassy KL yang menyebut, “Sebagaimana rakyat Malaysia (dan seluruh dunia, secara terus-terang) sudah menjangkakan, kami mendengar satu taklimat yang hebat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham.”

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here